Ahad, 28 Januari 2018

Kertas Penyelidikan Berkaitan Fungsi Polifenol di dalam VIVIX


ISU PERTAMA : Samada Polifenol berupaya mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat?


Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang anda makan, serta berapa efektif badan anda menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel anda. Semakin sihat tahap glukosa anda, semakin rendah risiko anda mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.  

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:

➤  Mengawalatur
penyerapan glukosa.1,2

➤  Meningkatkan kepekaan insulin.3
➤  Merangsang rembesan insulin.4,5
➤  Meningkatkan proses penguraian glukosa.5,6  

Rujukan Kertas Penyelidikan :






ISU KEDUA : Samada Polifenol berupaya menggalakkan fungsi jantung yang sihat?


Merupakan organ yang paling kuat bekerja di dalam badan kita, jantung layak mendapat yang terbaik. Polifenol bertindak sebagai antioksidan yang sangat bagus dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat seperti meningkatkan aliran darah, menggalakkan pengecutan dan pengembangan salur darah yang sihat dan normal untuk mengekalkan fungsi salur darah yang optimum.  

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan:

➤ Mengurangkan keradangan dalam salur darah.1,2
➤ Menggalakkan dinding salur darah yang sihat. 1,2
➤ Menggalakkan tekanan darah yang sihat.2
➤ Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat.2,3  

Rujukan Kertas Penyelidikan :





ISU KETIGA : Samada Polifenol berupaya menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan berseri?


Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Anda boleh milikinya dengan polifenol, salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur1, dan menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya anda dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.  

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:

➤ Melindungi kulit dari kerosakan UV.2
➤ Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut.2
➤ Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.2
➤ Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.2  

Rujukan Kertas Penyelidikan :




Jelaslah berdasarkan kepada Kertas Penyelidikan yang dirujuk di atas membuktikan bahawa Polifenol sememangnya berupaya untuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat dan menggalakkan fungsi jantung lebih sihat. Bonusnya, polifenol juga terbukti mampu menjadikan kulit anda lebih anjal, berseri dan lembut. Dapatkan VIVIX anda hari ini juga.

Bersama OPPAH ke arah hidup yang lebih sihat dan bermakna.

"Let's hide your age and stay young - Oppah Master Group "




Continue Reading

Apa itu Polifenol?



Tahukah berikut adalah tanda-tanda Anda perlukan Polifenol? 

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan sel anda tidak sihat



Tahukah anda Kombinasi Campuran 15 Polifenol di dalam VIVIX Shaklee adalah yang terbaik?



Entri Lain Yang Berkaitan :

Bagaimanakah Polifenol Berfungsi?

Continue Reading

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: Kajian keratan rentas.

_________________________________________________________________________________

Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30
Diterbitkan pada 24 Oktober 2007

...............................................................................................................................................................








ABSTRAK

LATAR BELAKANG

Penggunaan suplemen makanan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan secara tetap. Kajian ini menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.

KAEDAH

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278). Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994. Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.


KESIMPULAN

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam kumpulan lain.

Gabungan Pengarang:

  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA
Continue Reading

Selasa, 23 Januari 2018

6 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH SHAKLEE OMEGA GUARD



1.  Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.  

2.  Kualiti terjamin Minyak ikan bergred Farmaseutikal.  

3.  Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi – satu sajian memberikan 999mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA) 

4.  Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi.

5.  Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.  

6.  Diiktiraf oleh Friend of the Sea®.Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar  






Continue Reading