Kami di OMG ni memang konsisten buat kelas online. Kelas online ni guna medium whatsapp je, sesuai dengan trending dunia sekarang. Macam malam ni salah sorang SID kami tengah bagi kelas tentang Alfalfa.. Bagi siapa yang belum kenal alfalfa jom ikuti kelas ni ya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APA ITU ALFALFA?
✔ Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.
✔ Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.
✔ Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi
✔ Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan Klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan.
✔ Kemudiannya, daun daun ini yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet ini mengandungi 300mg alfalfa
Apa Manfaat Utama Alfalfa Complex?
Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran.
Ia kaya denga protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas SUSU.
🌿Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang brasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
🌿Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif (masalah resdung), kurap, bau badan dan ular air (athlete's foot) dengan berkesan.
🌿Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
🌿Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
🌿Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
🌿Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
🌿Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan
3 GOLONGAN YG TIDAK BOLEH AMALKAN ALFALFA.!!
🌿 Pesakit Lupus (SLE)
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Di dalam Alfalfa mengandungi sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Oleh itu, pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Pihak Shaklee turut memaparkan info ini dengan jelas di botol Alfalfa Complex nya.
“One food to avoid is alfalfa sprouts. Alfalfa tablets have been associated withlupus flares or a lupus-like syndrome that includes muscle pain, fatigue, abnormal blood test results, and kidney problems. These problems may be due to a reaction to an amino acid found in alfalfa sprouts and seeds. This amino acid can activate the immune system and increase inflammation in people with lupus.”
🌿 Pesakit Psoriasis
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.
Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.
“Auto-immune diseases” such as multiple sclerosis (MS), lupus (systemic lupus erythematosus, SLE), rheumatoid arthritis (RA), or other conditions: Alfalfa might cause the immune system to become more active, and this could increase the symptoms of auto-immune diseases. If you have an auto-immune condition, it’s best to avoid using alfalfa until more is known.“
Tiada rawatan khusus untuk Psoriasis, namun anda boleh cuba untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya ialah dengan mengelakkan makanan dari sumber Alfalfa. Fokus utama untuk Psoriasis ialah untuk cuba menghentikan sel-sel kulit itu dari tumbuh terlalu pantas!
🌿 Ibu Menyusu Bayi G6PD Deficiency
G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.
0 komen:
Catat Ulasan