Baru-baru ini kecoh isu overclaim daripada para pengedar Shaklee bahawa ramai pesakit kronik yang sembuh setelah mengambil pelbagai produk kesihatan Shaklee..
Isu ini menjadi tentangan hebat para pengamal perubatan di luar sana yang mengatakan bahawa penyakit-penyakit itu memang tiada ubatnya untuk sembuh dan pesakit dilarang daripada mengambil apa-apa jenis suplemen pun kerana ianya lebih mendatangkan mudarat.
Saya melihat isu ini daripada dua perspektif.
Daripada sudut pandang pengedar Shaklee, mereka berhadapan dengan dengan suatu keadaan keterujaan yang amat sangat apabila menemui kisah atau mendapat testimoni secara langsung, baik kesan kepada diri mereka sendiri, ahli keluarga dan pelanggan mereka akan keberkesanan produk Shaklee dan berasa ghairah untuk berkongsinya kepada umum.
Namun salahnya di sini adalah terdapat garis panduan daripada Kementerian Kesihatan yang perlu diikut dari sudut undang-undang yang telah dilanggar. Kerana terdapat 20 penyakit kronik yang mana pengedar Shaklee terhalang untuk mengatakan produk ini mampu merawatnya secara terang-terangan sedangkan Shaklee sendiri tidak pernah mengiklankan secara terang-terangan produk yang dihasilkan boleh mencegah, merawat dan mendiagnos apa-apa penyakit.
Manakala daripada sudut pandang para pengamal perubatan yang menentang isu ini pula (terdapat juga pengamal perubatan yang menyokong dan menjadi pengedar Shaklee)
Mereka berpegang kepada prinsip 20 penyakit itu tiada penawarnya dan apa-apa suplemen pun tidak mampu merawatnya sehingga sembuh.
Semua produk kesihatan di luar bidang perubatan utama adalah sekiranya didakwa merawat penyakit ini adalah scam dan hanya bermotifkan keuntungan dengan testimoni yang maha hebat dan mustahil.
Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100% kerana kebanyakan pesakit apabila kritikal ada juga yang mendakwa telah mengambil suplemen Shaklee.
Tetapi secara jujurnya tanyalah hati kita sendiri soalan ini, sejauhmanakah suplemen yg diambil itu hanyalah Shaklee semata-mata ataupun segala macam jenama lain yang ada di pasaran turut ditelan? Biasanya orang kita cuba yang murah dulu dan dah kritikal baru mencari yang mahal, bukan begitu?
Mari kita dengar apa kata ulama tentang isu ini. Benarkah agama kita mengajar bahawa ada penyakit yang memang tiada penawarnya dan apa yang menanti adalah mati dan sememangnya sudah tiada sinar kebahagiaan? Adakah kita hanya redha tanpa berusaha mencari penawar yang sesuai dan serasi dengan tubuh badan kita? Artikel di bawah adalah diambil daripada website Jabatan Agama Islam Selangor.
Sama-samalah kita mengambil ibrah daripada tazkirah ini agar kita tidak menjadi manusia bongkak yang berjalan di atas muka bumi ini dengan mendada atas ilmu di dada sedangkan ilmu di dunia ini hanyalah ibarat setitik air yang jatuh daripada jari yang dicelupkan ke dalam lautan manakala air di lautan itu adalah perbandingan betapa luas dan dalamnya ilmu Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PENYAKIT, UBAT DAN PENYEMBUHAN
Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia.
Nabi telah bersabda:
"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )
Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian Allah s.w.t. Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
Membersih dan memilih orang mukmin yang sejati dan membezakan orang munafik.Mengangkat darjat dan menghapuskan dosa hambanya kerana bersabar menghadapi ujian dan cubaan.Mengungkap hakikat manusia itu sendiri sehingga jelas memperlihatkan kesabaran dan ketaatannya.Membentuk peribadi dan tahan uji dengan ujian hidup dan melahirkan manusia berakhlak mulia dan tabah.Melatih diri agar manusia yang diuji dan dicuba ini bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh menghadapi musibah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabdanya lagi:
"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"
( Riwayat Tarmizi )
Nabi telah bersabda lagi:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Penyakit yang menimpa makhluk Allah adalah disebabkan oleh wabak, bala, ataupun disebabkan oleh kelemahan dan kelalaian manusia itu sendiri. Makanan dan minuman merupakan keperluan manusia. Ia perlu mengambil hanya yang halal, bersih dan suci tetapi tidak secara berlebihan kerana. Sikap berlebih-lebihan akan mendatangkan pelbagai mudharat (penyakit). Allah s.w.t mengigatkan apa yang terdapat dalam al-Quran dalam Surah al-A'raf ayat 31:
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
Mengubat penyakit adalah menjadi kewajiban sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhah ubat. Manusia dengan teknologi yang ada telah membuat kajian , penyelidikan serta penemuan. Oleh yang demikian kita selalu mendengar bidang-bidang perubatan seperti perubatan moden, Homeophati, Perubatan cina, Tradisional, Rawatan Islam dan berbagai-bagai lagi. Ada ubat yang memang ubat, ada ubat yang ada kesan sampingan, ada yang tidak ada kesan sampingan, ada makanan tambahan dan berbagai-bagai jenis yang berada dalam pasaran.
Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Mungkin sesuatu ubat itu tidak sesuai dengan seseorang walaupun ubat itu memang ubat yang khusus untuk penyakit tersebut. Sembuh bagi seseorang tetapi tidak sembuh untuk seseorang yang lain. Dengan makna yang lain ia disebut sebagai "Rasi".
Ubat bukan penyembuh. Ia hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. Sesiapa yang menganggap atau mengi'tiqadkan bahawa ubat dapat memberikan kesan atau menyembuhkan penyakit, maka orang dianggap syirik kepada Allah s.w.t. Sebab itu hadis riwayat Jabir sebagaimana diatas, Nabi menegaskan dengan perkataan: "Dengan izin Allah".
Wallahua'lam.
Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah
(Unit Penerangan dan Penerbitan)
Artikel Asal Disini
0 komen:
Catat Ulasan