Selasa, 6 Jun 2017

Falsafah Produk Shaklee : Selamat, Terbukti , Berkesan !

Selama lebih 100 tahun, pelbagai generasi telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang tidak ada syarikat lain berani tampilkan – menghasilkan produk yang selamat secara semula jadi DAN terbukti berkesan.


Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa, dan anda sentiasa mahu berkongsi dengan keluarga dan rakan mengenainya.


Setiap bahan di dalam setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar. Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan  


FALSAFAH PERTAMA : SELAMAT







1.  KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHAN
Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.


2. LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)  


3. KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN
untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.


4. TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN  


5. BEBAS GLUTEN
Produk kami bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.


6.  BUKAN GMO
Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.


7.  TERBIODEGRADASIBerpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8.  KAMI TIDAK MELAKUKAN  UJIAN KE ATAS HAIWAN  



_________________________________________________________________________

FALSAFAH KEDUA : TERBUKTI


DI SHAKLEE, KAMI BUKAN SEKADAR MENYATAKAN PRODUK KAMI BERKESAN, TETAPI KAMI BUKTIKANNYA.

Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifk dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.  


Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee bagi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari peluang dari Sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.


Pusat Inovasi Global Dr. Forrest C. Shaklee memiliki peralatan saintifk yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/ proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti.


Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 saintis yang berpusat di Pleasanton dan  Shaklee tentunya berbangga dengan penyertaan Professor Elizabeth H. Blackburn sebagai Penasihat Lembaga Saintifik Shaklee. 



Professor Elizabeth H. Blackburn, 2009 adalah penerima anugerah Nobel dan peneraju di dalam bidang kajian telomere and telomerase, dimana beliau telah menemui telomere yang melindungi kromosom. Telemore ni seperti topi yang melindungi kromosom & DNA. Semakin meningkat umur, dengan faktor persekitaran, stress dan penggunaan bahan kimia di sekeliling kita menyebabkan telemore semakin lama semakin pendek. Bila telemore semakin pendek lalu musnah, maka penyakit mudah menyerang manusia. Kajiannya ini adalah kajian utama yang Shaklee jalankan untuk menghasilkan Vivix sebagai peroduk Anti-Penuaan terhebat.

_____________________________________________________________________

               FALSAFAH KETIGA : BERKESAN


0 komen:

Catat Ulasan