Saya sendiri memang peminat tegar Performance Drink (PD) ni. Biasanya kalau driving tak kisahlah tengah hari ke malam ke mesti mengantuk dan banyak kali berhenti RNR tidur. Tidur pula kadang-kadang tu bukan sekejap, mau ambil sejam dua... Tapi sejak amalkan PD ni, lain macam tenaga dia. Saya boleh driving non-stop tiada masalah. Dalam bulan puasa saya minum PD masa sahur dan surprisingly masa tengah hari saya driving 5 ke 6 jam tak mengantuk tau, bertenaga je dan tak haus. Jom tengok macam mana rupa PD ni.
PD ni dalam bentuk serbuk dan kita kena bancuh dengan air. Kalau bancuh dalam air sejuk, kita akan rasa macam minum 100 plus orange tu. Tapi dah namanya minuman kesihatan jadi takdalah gula dan bikarbonat.
Ada juga yang campurkan PD ni dengan satu lagi produk Energy Booster Shaklee iaitu CINCH Energy Tea Mix. Rasanya macam ice lemon tea tau, sedap sangat.
Tenaga yang kita dapat berjam-jam lamanya boleh tahan.
Selain dua produk ni ada banyak lagi produk lain keluaran Shaklee untuk menjana tenaga. Kita ada juga dalam bentuk protein.
Namanya ESP iaitu Energizing Soy Protein. Produk ni memang hot seller, bila stok sampai je daripada US tak sampai dua hari dah habis orang beli. ESP ni laris sangat sebab dia bukan setakat bagi tenaga tapi ianya juga ada mekanisme memperbaiki sel dan ramai peminat sebab nak kan kulit cantik dengan makan ESP ni.
Jadi anda boleh pilihla nak yang mana satu. Selain itu Shaklee juga ada keluarkan vitamin untuk memberikan tenaga iaitu Vitalea dan juga B-Complex. Vitalea untuk kanak-kanak juga ada ya.
Vitalea ni memang hebat sebab ianya adalah multivitamin dan mineral pertama di dunia iaitu sejak tahun 1915 lagi tau.
Tak hairanlah sebab tu Vitalea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN didalam Public Interest pada tahun 2000.
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap diekstrak dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
12 vitamin dan 7 mineral seperti saranan RDA . Formula Vita-lea sangat komprehensif dan seimbang.
Seterusnya adalah vitamin B-Complex Shaklee yang bukan sahaja terkenal sebagai penjana tenaga tetapi juga sebagai anti-stress dan mencantikkan kulit.
Dan akhir sekali adalah premier item dalam Shaklee iaitu Vivix. Vivix ni paling mahal dalam semua tetapi ini lah produk yang paling hebat sebagai energy booster anda.
Produk ini diperkenalkan Shaklee sebagai produk Anti-Penuaan / Anti-Aging sebab kemampuannya untuk memberikan tenaga kepada sel sehingga ke pusat tenaga sel itu sendiri (mitokondria).
Mitokondria di dalam sel badan kita akan semakin merosot disebabkan proses penuaan. Sebagai agen anti penuaan, Vivix akan bertindak membantu meningkatkan lagi keupayaan mitokondria ni.
Oleh sebab itulah badan yang sering letih lesu sebelum ni, boleh bertukar menjadi segar-bugar bertenaga setelah mengambil Vivix. Maka, tak hairanlah kalau kesannya dapat dilihat dalam waktu yang agak singkat.
Jadi anda yang bekerja dan memerlukan fokus yang lebih dan masih tercari-cari apakah suplemen yang sesuai bolehlah mencuba mana-mana kombinasi produk di atas. Jika anda mampu mengamalkan kesemua produk di atas, tentulah ianya lebih terbaik dan dapat menjana tenaga maksimum yang dapat dihasilkan badan anda secara selamat dan semulajadi! Jom lihat potensi sebenar sistem tubuh anda.
Hubungi kami di 0183830204 untuk rundingan produk secara percuma dan boleh beli online daripada sistem dengan klik gambar di bawah. Untick pada produk yang anda tidak berminat ya.
0 komen:
Catat Ulasan